Kini anda boleh tukar nama pemilik kenderaan anda secara online sahaja melalui portal MySikap. Pelajari cara tukar nama kereta secara online dengan mudah di sini.


 

Orang mungkin berfikir bahawa proses tukar nama kereta adalah sukar. Disebabkan ini, masih ada orang yang tidak mahu bersusah payah untuk tukar nama pemilik kenderaan apabila mereka membeli atau menjual kereta.

Sangat penting untuk tukar nama hak milik kenderaan selepas anda membelinya, terutamanya jika ia sudah digunakan. Jika anda tidak melakukan ini, kedua-dua pihak yang menjual kereta dan yang membelinya boleh mengalami masalah.

 

Akibat jika tidak tukar nama hak milik kenderaan

Jika anda tidak tukar nama kereta semasa anda membelinya, mungkin akan ada beberapa kesan yang berlaku:

  • Jika seseorang menjadi penama untuk sebuah kereta, ini bermakna mereka bertanggungjawab ke atas semua yang berlaku pada kereta itu, seperti kemalangan, saman lalu lintas, kegiatan jenayah, dan lain-lain.
  • Ini boleh menjadi masalah jika pemilik kenderaan asal sudah meninggal dunia. 
  • Sukar juga untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan kereta. 

Cara tukar nama kenderaan online

Anda boleh tukar nama pemilik kenderaan secara online dengan mengikuti langkah-langkah ini:

Sila selesaikan segala pembayaran kereta terlebih dahulu. 

Sebagai penjual, pastikan tiada tunggakan bayaran dan semua baki telah diselesaikan sebelum menjual kenderaan, sama ada motosikal atau kereta, kepada pemilik baru.

 

Buat pemeriksaan di Puspakom 

Seterusnya, pemilik lama atau pemilik baru kereta perlu membawanya ke Puspakom untuk pemeriksaan. Ini membantu memastikan kereta berada dalam keadaan baik. Anda perlu membuat temu janji dengan Puspakom sebelum ke sana. Anda boleh melakukan ini di laman web rasmi mereka.

  • Anda perlu membayar RM30.00 sebagai yuran. 
  • Sila bawah kad pendaftaran kenderaan (asal)/ sijil pemilikan kenderaan (VOC)
  • Anda boleh pergi ke laman web https://www.mypuspakom.com.my/ untuk membuat temujanji bersama Puspakom.

 

Tukar Nama Pemilik Kenderaan secara Online melalui Portal atau Aplikasi MySikap Tanpa Perlu ke JPJ.

Anda juga boleh tahu cara nak tukar nama kereta tanpa perlu ke pejabat JPJ. Anda boleh melakukannya secara online di laman web atau aplikasi MySikap. 

Berikut cara tukar nama kereta online:

  1. Jika anda belum mempunyai akaun MySikap, anda perlu membuatnya dengan mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:

 

2. Jika anda sudah mempunyai akaun MySikap, anda tidak perlu melakukan langkah 1 dan boleh terus ke langkah seterusnya.

Untuk urusan penukaran nama pemilik kenderaan, kedua-dua pihak berikut perlu mengikuti langkah-langkah berikut untuk menyelesaikan proses penukaran nama kenderaan mereka:

  • Pemilik kenderaan lama
  • Pemilik kenderaan baru

 

Pemilik Lama

  • Log masuk portal MySikap
  • Klik pada tab ‘Kenderaan’
  • Klik pada pilihan ‘Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan’ (Pemilik Berdaftar)
  • Masukkan nombor pendaftaran kenderaan 
  • Klik butang ‘Teruskan’
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan email pendaftar pemilik baharu dan klik butang ‘Seterusnya’
  • Cetak resit sebagai rujukan dan selesai

 

Pemilik Baru Kenderaan

  • Log masuk portal MySikap
  • Pilih tab ‘Kenderaan’ di halam utama
  • Pilih ‘Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan’ (Pemilik Baharu)
  • Masukkan nombor plat kenderaan dan klik ‘Seterusnya’
  • Pengisytiharan kenderaan – Pilih Semenanjung sekiranya anda tinggal di Semenanjung Malaysia, kemudian klik ‘Setuju’
  • Sahkan maklumat dan kemudian klik ‘Teruskan’
  • Cetak resit dan bawa ke mana-mana pejabat JPJ untuk proses seterusnya

Untuk pengetahuan anda, portal MySikap merupakan laman web yang diwujudkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai melakukan urusan secara online seperti:

  • Menyelaraskan dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM) atau cukai jalan
  • Pindah hak milik secara sukarela
  • Pembaharuan lesen boleh dilakukan melalui portal mySIKAP berserta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa
  • Rayuan bagi lesen memandu yang telah tamat tempoh
  • Semakan boleh dilakukan untuk saman atau notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.





Source link