Mazda 2 dan Suzuki Swift adalah kereta keluaran lama dan masih sah dijadikan sebagai kereta harian. Mari lihat Mazda 2 vs Suzuki Swift dari aspek harga, reka bentuk, enjin dan juga sistem keselamatan pada kedua-dua kereta ini.
Mazda 2 dan Suzuki Swift merupakan pilihan kereta bandar yang popular di Malaysia. Kedua-dua kereta ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dengan harga yang berpatutan. Reka bentuk kedua-dua kereta ini masih moden dan mampu memberikan prestasi yang efisien walaupun merupakan kereta lama yang telah dikeluarkan. Berikut merupakan perbandingan harga, reka bentuk dan ciri-ciri lain bagi kedua-dua kereta ini.
Harga Pasaran
Mazda 2: Harga Mazda 2 model 1.5L Maxx iaitu varian terendah bermula dari harga sekitar RM 87,000. Ia mempunyai teknologi keselamatan yang canggih seperti autonomous emergency braking dan juga keyless entry.
Suzuki Swift: Harga Suzuki Swift GL pula bermula pada harga RM 83,000. Swift menawarkan sistem hiburan yang lebih baik berbanding Mazda 2. Ia mempunyai sistem navigasi satelit, Apple CarPlay atau Android Auto dan sebagainya.
Reka Bentuk dan Kabin
Mazda 2: Kereta ini mempunyai reka bentuk dalaman yang moden dan elegan. Interior Mazda 2 juga menggunakan bahan berkualiti tinggi serta dilengkapi dengan butang kawalan yang responsif dan paparan yang kemas. Mazda 2 mempunyai ruangan but yang luas dan mempunyai sistem pengudaraan automatik.
Suzuki Swift: Swift mengutamakan ciri-ciri kemudahan dan keselesaan dengan reka bentuk yang lebih matang. Interior Suzuki Swift dilengkapi dengan paparan warna 1.6 inci. Swift mempunyai ruangan belakang yang besar jika dibandingkan dengan Mazda 2.
Enjin dan Prestasi Pemanduan
Mazda 2: Mazda 2 menggunakan enjin 1.5L 4-silinder yang dapat menghasilkan 81 KW dan 141 NM tork bersama dengan transmisi automatik empat kelajuan. Mazda 2 menawarkan pemanduan yang lancar dan sporty dengan suspensi yang lebih keras dan mampu memberikan pemanduan yang stabil di selekoh.
Suzuki Swift: Enjin Suzuki Swift adalah enjin 1.2L 4-silinder yang mampu menghasilkan 66 KW dan 120 NM tork. Swift juga menggunakan transmisi automatik empat kelajuan seperti Mazda 2. Ia menawarkan pemanduan yang lancar terutama di kawasan bandar dan kurang bising jika dalam kelajuan tinggi berbanding dengan Mazda 2 yang agak bising jika dalam kelajuan tinggi.
Keselamatan dan Teknologi
Berikut merupakan perbandingan antara sistem keselamatan dan teknologi pada kedua-dua kereta tersebut:
Ciri Keselamatan dan Teknologi |
Mazda 2 |
Suzuki Swift |
Beg Udara |
Beg udara depan dan sisi |
Beg udara depan, sisi, dan lutut pemandu |
Sistem Pengereman Kecemasan Autonomi |
Tiada |
Ada |
Pengesanan Pengemudi Mengantuk |
Tiada |
Ada |
Pengesanan Pintu Keluar |
Tiada |
Ada |
Sistem Kawalan Cengkaman dan Kestabilan (ESC) |
Ada |
Ada |
Sistem Bantuan Brek (BA) |
Ada |
Ada |
Apple CarPlay dan Android Auto |
Tiada |
Ada (pada model tertentu) |
Sistem Navigasi (GPS) |
Tiada |
Ada (sistem 6.1 inci dengan paparan jelas) |
Kamera Belakang |
Tiada |
Ada |
Sensor Parkir |
Tiada |
Ada |
Peringatan Jarak Ke Hadapan (Forward Collision Warning) |
Tiada |
Ada |
Kedua-dua kereta ini mempunyai ciri-ciri unik tersendiri. Seperti kelebihan Mazda 2 yang mempunyai ruangan but yang besar dan sesuai kepada seseorang yang inginkan ruangan luas bagi meletakkan barang. Manakala kelebihan Suzuki Swift pula adalah dengan harga yang berpatutan, ia menawarkan pelbagai sistem teknologi moden yang dapat membantu ada semasa pemanduan. Walaubagaimanapun, anda perlu menitikberatkan keperluan anda supaya anda tidak menyesal dengan pilihan anda. Mazda 2 dan Suzuki Swift merupakan kereta lama yang masih sesuai dijadikan kereta harian. Anda boleh dapatkan kereta Mazda 2 atau Suzuki Swift yang terpakai dan berkualiti tinggi di Carlist.my.